Home About Mine Photography site

Wednesday, 9 January 2013

Setia Hujung Nyawa


Assalamualaikum . Lia nak share dgn korang pasal satu lagi drama adaptasi dari sebuah novel iaitu Setia Hujung Nyawa yang sekarang ni ditayangkan kat tv3 jam 7.00 malam di slot akasia.



Ia mengisahkan Zain Hakimi yang kehilangan tunang pada saat pernikahan mereka semakin hampir kerana tunangnya Sofea lari menghilangkan diri selepas mereka bergaduh. Setelah itu mummynya iaitu Datin Adibah mulalah kalut untuk mencari menantu bidan terjunnya untuk menggantikan tempat Sofea bagi menutup malu keluarga mereka. Pada pertama kali memandang Ersalina iaitu anak rakannya Haliza hatinya terus terpaut melihat keayuan dan kesopanan Ersalina. Lantas terus meminang Ersalina untuk Zain tanpa mereka mengenali antara satu sama lain. Haliza iaitu ibu Ersalina menerima lamaran itu bagi menutup malu keluarga mereka atas kehamilan Ersalina yang sebenarnya Ersalina tak tahu langsung dirinya hamil. Ermmm, lagi2 sinopsis dia Lia tak tahu . Sebabnya lia pun tak pernah baca novel ni . Lepas baca Novel My Love Playgirl , baru nak beli . 

Watak Ersalina ni dilakonkan oleh Nelydia Senrose dan Zain Hakimi tu dilakonkan oleh Amar Asyraf.Serious cerita ni memang sweet sangat. Ersalina ni kawen dalam usia yang sangat muda. 18 tahun dah kawen. Masa tu tengah tunggu result SPM. Masak pun tak reti. Buat kerja rumah lagi laa. Maklumlah kan anak manja. Anak bongsu plak tu. Pada mulanya Lia tak tengok pun cerita ni. Bila drama ni dah episod 9 baru nak tengok. Yerrr la kan . Lia pelik bila satu sekolah tengah cerita pasal ni . Ni pun , curi2 dengar . Sekarang ni lia dah start tengok.
Okay , out dulu . bye ^^

 

© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fiffy. Design With Love by Nurrul.